PERTUKARAN METER LAMA BEBANKAH KEPADA PENGGUNA TNB?
Beberapa minggu ini banyak pelanggan TNB membuat aduan berkaitan pertukaran meter lama, yang mana melebihi 15 tahun. Dan apabila terima bil ianya tinggi.
Maka TNB ada mengeluarkan beberapa soalan lazim dari pengguna dan disertakan jawapan dari TNB.
Mari kita berkongsi bersama.
- Meter didapati rosak
- Meter telah melampaui jangka hayat 15 tahun - ini adalah program rutin penggantian meter
- Berlakunya usikan meter atau meter tampering
Kekeliruan berpunca dari laporan sebelah pihak dalam media mengenai aduan bil-bil yang tinggi selepas penggantian meter. Secara amnya, 80% daripada kes-kes yang dilaporkan oleh Media adalah berpunca dari kes usikan meter. Sering kali, aduan bil tinggi atau berlebihan sebenarnya kerana terdapat kejanggalan meter lama. Hanya dengan pemasangan meter baru, bacaan yang tepat dapat dikesan
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan
Penggantian Meter (Disebabkan Usikan Meter)TNB mengganti meter lama yang tempoh hayatnya telah melebihi 15 tahun kerana ia mungkin tidak lagi merekodkan penggunaan elektrik di premis pengguna dengan tepat. Penggantian meter lama juga diamalkan oleh syarikat-syarikat utiliti lain di seluruh dunia
Pangkalan data pelanggan TNB mempunyai rekod meter pengguna yang telah berusia lebih daripada 15 tahun
Semua pelanggan yang mempunyai meter dengan jangka hayat melebihi 15 tahun akan terlibat dalam program penggantian meter
- Penggantian meter lama/rutin - Kos pemasangan meter di premis pelanggan akan ditanggung oleh TNB tanpa mengenakan sebarang caj bil kebelakang kepada pelanggan
- Meter rosak - Kos pemasangan meter di premis pelanggan akan ditanggung oleh TNB. Bagaimanapun, pelanggan akan dikenakan caj bil kebelakang sehingga tiga (3) bulan daripada tarikh pelanggan dimaklumkan penggantian meter
- Usikan Meter - Pengguna akan dikenakan kos operasi yakni merangkumi kos pemasangan meter baru dan operasi yang dijalankan serta caj kebelakang bermula dari tarikh usikan meter dikenal pasti
- Bagi program penggantian meter lama/rutin - gangguan bekalan elektrik akan berlaku di premis pelanggan selama 15 hingga 30 minit sahaja
- Bagi penggantian meter disebabkan usikan meter - pelanggan yang terlibat di bawah kategori Pelanggan Kuasa Biasa (OPC) akan mengalami gangguan bekalan elektik untuk selama lebih kurang 30 minit. Namun, bagi pengguna kuasa besar, gangguan bekalan elektrik bergantung kepada jenis usikan yang dilakukan
Meter di premis pelanggan adalah hak milik TNB. Bagaimanapun, setiap pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan meter dalam keadaan baik.
TNB akan memasang meter elektronik di premis pelanggan di bawah program penggantian meter ini
Untuk program penggantian meter lama/rutin, jenis meter yang dipasang sebelum ini di premis pelanggan adalah meter elektromekanikal. Untuk meter rosak atau bagi kes usikan meter, meter yang dipasang di premis pelanggan terdiri daripada jenis meter elektronik atau elektromekanikal
Kedua-dua meter jenis elektronik dan elektromekanik mempunyai kelas ketepatan yang sama dan oleh itu, memberi bacaan yang tepat. Bagaimanapun, ketepatan bacaan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jangka hayat, keadaan cuaca dan lokasi di mana meter itu dipasang
Ya. TNB boleh mengalihkan meter ke luar premis jika terdapat masalah mengakses meter pada kedudukan sedia ada (iaitu di dalam premis). Tiada caj akan dikenakan bagi kerja-kerja pengalihan meter dan pengguna perlu membuat janji temu terlebih dahulu dengan TNB
Tidak semestinya. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, meter lama mungkin akan merekod penggunaan yang lebih rendah berbanding dengan meter baru disebabkan oleh:
- Perubahan cuaca, di mana peningkatan/penurunan suhu akan menyebabkan kepada peningkatan penggunaan pendingin hawa dan pemanas air
- Musim perayaan
- Meter lama telah diusik atau diubah untuk mengurangkan penggunaan yang direkodkan oleh meter
Ya. Semua meter telah diuji dan diakreditasikan di bawah MS ISO/IEC 17025:2005
Tidak. Pelanggan tidak boleh menghalang TNB dari menggantikan meter di premis kerana meter merupakan hakmilik TNB
Kerja-kerja penggantian meter akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh TNB dengan penyeliaan sepenuhnya oleh anggota kerja TNB. Kontraktor akan membawa kad pengenalan TNB / NIOSH manakala anggota kerja TNB memakai pakaian seragam lengkap serta membawa kad pengenalan anggota kerja TNB
Untuk penggantian meter lama / program rutin dan meter rosak, anggota kerja TNB tidak dibenarkan untuk memasuki premis pelanggan jika pintu pagar berkunci. Sebagai pilihan, pelanggan boleh membuat temujanji dengan TNB untuk kerja-kerja penggantian meter dilakukan
Penggantian meter dijalankan pada hari bekerja dan juga pada hujung minggu (melalui janji temu)
Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui notis bertulis sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penggantian meter dilakukan
Ya, penggunaan yang direkodkan daripada kedua-dua meter lama dan meter baru akan dicajkan dalam bil elektrik pelanggan
Ya, pelanggan boleh membaca meter sendiri di premis masing-masing. Pelanggan hanya perlu mengisi borang pendaftaran Self Meter Reading (SMR) yang boleh didapati di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan TNB. Pengguna juga boleh mendaftar melalui Perkhidmatan e-Services yang boleh didapati di laman web TNB
TNB akan membuat pengebilan kebelakang berdasarkan penggunaan 3 bulan yang direkodkan oleh meter baru yang dipasang di premis pelanggan
Pelanggan akan menikmati faedah-faedah seperti berikut:
- TNB akan mengalihkan meter ke luar premis pelanggan jika lokasi sedia ada tidak dapat diakses oleh pembaca meter. Perkhidmatan ini adalah percuma dan dibuat melalui temujanji
- TNB akan menggantikan wayar servis yang sedia ada jika wayarnya tidak lagi dalam keadaan baik. TNB akan menjalankan kerja-kerja berkaitan melalui janji temu dengan pelanggan
- Semasa kerja penggantian meter lama/rutin, TNB boleh mengesan sama ada pengusikan pada meter lama telah dilakukan tanpa pengetahuan pemilik rumah/penyewa sekarang
AKAN BERSAMBUNG BAGI PERSOALAN
"
PENGGANTIAN METER (DISEBABKAN OLEH USIKAN METER)"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan