Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 22 September 2011

APA YANG ADA PADA BIL ELEKTRIK ANDA.

Berikut adalah maksud terma-terma yang dinyatakan di dalam bil TNB:-
  1. Kod Stesen
    Mempunyai empat (4) digit dan merujuk kepada stesen TNB yang berkenaan.
  2. Nombor Akaun Mempunyai 10 digit dan merupakan nombor akaun bagi setiap pelanggan (berserta 2 check digit).  Contoh:-
    0123 Kod Stesen
    00000100 No. Pelanggan
    00 Check digit
  3. Wang Cagaran
    Merupakan wang cagaran yang diwajibkan kepada setiap pelanggan sebelum bekalan elektrik disambungkan. Jumlah ditentukan mengikut purata penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 6 bulan. Kebiasaannya jumlah wang cagaran tidak kurang daripada dua (2) kali purata penggunaan sebulan. (Sila rujuk Soalan 5.3)
  4. Nama dan Alamat Pelanggan Berdaftar
    Nama pelanggan yang berdaftar dengan TNB dan alamat di mana bekalan elektrik disambungkan.

     
  5. Kod – (contoh: TUNAI)Ini bermaksud pelanggan telah membayar cagarannya secara tunai kepada TNB. Cagaran tunai adalah layak untuk mendapatkan rebate sebanyak 5% daripada jumlah cagaran pada setiap awal tahun.
  6. Nombor BilSetiap bil yang dicetak akan memperolehi nombor bil yang berlainan.
  7. Reading UnitDigunakan untuk mengenalpasti kawasan bacaan.
  8. Bar CodeBar code untuk nombor akaun pelanggan.
  9. KeteranganPada ruang ini terdapat keterangan mengenai tarikh dan jumlah bil terakhir serta keterangan mengenai tarikh dan jumlah bayaran terakhir yang dibuat oleh pelanggan.
  10. Jenis Bacaan Bulan LaluA – Bil purata (jangka rosak - average)
    E – Bil anggaran (estimate)
    N – Bil bacaan sebenar (normal)
    O – Bil pejabat (office billing)
  11. Kos TarifKadar tarif yang diberikan adalah berdasarkan kepada kod tarif yang diberikan kepada pelanggan.
  12. Cagaran TambahanPelanggan diminta untuk membayar wang cagaran yang mencukupi bagi tempoh penggunaan dua (2) bulan. Sekiranya penggunaan meningkat, maka sistem pembilan TNB secara automatik akan membuat kiraan akan jumlah cagaran tambahan yang perlu dikenakan kepada pelanggan. Amaun akan terpapar pada ruang ini. (Sila rujuk Soalan 5.7)
  13. TunggakanJumlah tertunggak bedasarkan tarikh data pembilan TNB.
  14. Bayaran Diterima SetakatJumlah bayaran diterima setakat tarikh bil dikeluarkan.
  15. Nombor Jangka
    Nombor jangka adalah bersamaan dengan nombor yang terdapat pada jangka di premis pelanggan.
  16. MFAdalah ‘total factor’ jangka MF atau ‘multiplying factor’ untuk jangka OPC hendaklah satu (1). Sekiranya lain daripada satu (1) adalah salah. Bagi pelanggan LPC, ianya bergantung kepada saiz dan jenis jangka yang dipasang.
  17. DahuluAdalah merupakan bacaan jangka pada bulan sebelumnya.
  18. SemasaBacaan pada hari yang tercatat pada tarikh bacaan semasa.
  19. KegunaanAdalah jumlah unit digunakan dalam ukuran kWh.
  20. Caj
    Keterangan mengenai jenis caj yang dikenakan.
  21. Unit
    Adalah jumlah unit yang dibilkan.
  22. Kadar
    Adalah kadar yang dikenakan mengikut kod tarif tertentu.
  23. AmaunAdalah jumlah yang dibilkan berdasarkan keterangan caj.
  24. Amaun ElektrikAdalah amaun sebenar caj unit dan caj kehendak maksima (sekiranya ada) bagi penggunaan pada bulan tersebut.
  25. Lain-lain Caj
    Adalah lain-lain caj tambahan jika ada. Contohnya, caj untuk bekalan sementara dan surcaj angkadar kuasa. (Sila rujuk Soalan 7)
  26. Pelarasan AnggaranPelarasan ke atas bil anggaran pada bulan sebelumnya (jika ada).
  27. PelbagaiAdalah caj yang dikenakan untuk bayaran ujian jangka, jangka rosak,
    bacaan khas dan sebagaikan (jika ada).
  28. PenaltiAdakah penalti bayaran lewat iaitu selepas 30 hari dari tarikh bil, akan dikenakan caj penalti 1%.
  29. Bil SemasaJumlah keseluruhan item-item di sebelah kiri.
  30. TunggakanAdalah jumlah yang masih terhutang hingga ke tarikh data pembilan TNB.
  31. Cagaran TambahanSekiranya ada caj cagaran tambahan yang dikenakan.
  32. Jumlah Perlu DibayarJumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan.
  33. Tarikh Bacaan Meter dan Bil Diserahkan Kepada Pelanggan
  34. Nombor Telefon untuk Aduan Gangguan Bekalan Elektrik(Telefon / SMS ke 15454 – Talian Khidmat TNB Careline)
  35. Alamat Pejabat TNB Berhampiran yang Menyediakan Bil
  36. Tarikh Terakhir untuk Menjelaskan Bayaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wibiya widget