Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 31 Ogos 2011

Raya Pertama


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari ini 1 Syawal lengkaplah sebulan kita berpuasa. tahun ini aku beraya bersam isteri ku untuk tahun kedua. Kg manjoi menjadi tempat raya aku pada tahun ini beraya bersama bapa dan ibu mertuaku.
En Ismail & Pn Azizah
namun pada tahun ini tidak semua ahli keluarga dapat berya bersama pada raya pertama kecuali aku dan keluarga kakti
mak eehhh banyak nyer duit raya. ingatkan rm 50 rupanya rm 1 jer hihihih


solat raya ku di masjid berhampiran jalan kelah. kutbah nyer mengenai isu sekarang bagaimana rakyat agama islam digugat iman oleh makhluk yang beragama lain. amboiii rasa macam dah nak geram nie hihihihi.

namun selepas balik biasalah hidangan apa lagi kalau tak rendang ayam, rendang arnab (sponsor oleh abg nyah) dan daging masak itam. mmmmm lazat




perjalanan ke seberang perak bermula jam 3 petang.


bnyk rumah yang dipergi dan untuk hari pertama sampai rumah jer dah 2 pagi ish ish ish meriahhh hihihihihihihi



Ahad, 28 Ogos 2011

Antara Koleksi Kasut Raya Keluarga ku 2011

Selepas ke Green Town Mall so meronda pula ke area Yik Foong untuk membeli kasut berikut adalah koleksi nya

 koleksi Dr Cardin


 koleksi crocodile


amacam cun tek boleh lahhhhhh

Membeli Belah di greentown mall Ipoh

Hari ini aku mengikuti keluarga untuk membeli belah beberapa lagi kelengkapan hari raya yang tak dibeli lagi. susana di sana rasa macam berada didalam sangkar semut padat sungguh




ada juga yang berkesempatan untuk menukar hp baru. tapi terfikir juga kat kepala aku raya pun  nak tukar hp ker hihihi takpe itu hak masing masing mungkin nak bergaya raya



bak kata orang perak "biar pape ase bergaye di hari raye"

Sabtu, 27 Ogos 2011

Port polis di area seri iskandar perak

salam bukan apa saja nak berkongsi ini ada port polis bukak khemah sempena hari raya ni. kalau berjalan dari batu gajah hingga ke seri iskan dar ada dua khemah yan pdrm buka 1 di area simpang ke batu gajah.



dan satu lagi berada di seri iskandar




Jumaat, 26 Ogos 2011

Amanat BIG BOS

From: Che Khalib Mohamad Noh, Dato Sri
Sent: 26 Ogos 2011 16:00
To: TNB Email Users
Subject: Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera
Kepada semua rakan-rakan sekerja,
Izinkan saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota kerja yang beragama Islam serta keluarga. Setelah sebulan kita berpuasa, tibalah masanya kita berhari raya di samping keluarga tersayang.
Saya dan keluarga juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa dan dihalalkan segalanya. Bagi anggota kerja yang perlu bekerja pada hari raya ini, pengorbanan anda amat dihargai dan disanjungi.
Terima kasih saya ucapkan kepada anggota kerja yang telah mengucapkan Salam Aidilfitri kepada saya.
Untuk tempoh yang terdekat ini, TNB akan menghadapi dugaan paling getir di mana keadaan bekalan gas yang amat tidak mencukupi. Ini bukan sahaja akan mengganggu gugat ketahanan teknikal sistem kita tetapi juga memberi beban kewangan yang besar. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemakmuran syarikat yang kita sayangi ini.
Kepada anggota kerja yang akan pulang ke kampung, memandulah dengan berhati-hati supaya kita selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang ke tempat kerja.
Kepada anggota kerja bukan Islam, selamat bercuti dan bergembiralah di samping keluarga tersayang.

Salam Ikhlas,
CK & Keluarga

Jawatan Kosong

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Bersama-sama ini dimajukan Iklan Kekosongan Jawatan Juruteknik Elektrik T/Biasa di Bahagian Pembahagian, TNB.
Tarikh tutup permohonan 10 September 2011, Diharap ianya dapat disampaikan kepada semua lapisan anggota kerja khususnya anggota kerja di Jabatan/Unit/Seksyen tuan/puan di mana yang berkaitan

Permohonan adalah secara ‘on-line’. Sila layari :

For internal users (within TNB LAN):

For external users :

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, tidak akan dilayan.
 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran, Bahagian Pembahagian 
Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Tel : 03-79679000 ext 9396     E-mail : faizulazahar@tnb.com.my

Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain
Tel : 03-79679000 ext 1209     E-mail : mazwan.mzain@tnb.com.my

Cik Suriayani binti Che Yahya
Tel : 03-79679000 ext 1223     E-mail : suriayani.cyahya@tnb.com.my
Sekian, salam hormat dan salam Aidilfitri.

From: Wan Faizul Azahar Wan Mansor
Sent: Thursday, August 25, 2011 3:31 PM
To: Nik Najihah Nik Ahmad; Zahirah Long
Cc: Supian Bin Mohd Ali; Rozaida Samsudin; Mohamad Lizal B Duwasa
Subject: Iklan Kekosongan Jawatan Juruteknik T/Biasa (Elektrik)
Importance: High

Salam Puan Nik / Cik Zahirah
 
Bersama-sama ini dimajukan Iklan kekosongan Jawatan Juruteknik T/Biasa (Elektrik) di Bahagian Pembahagian, TNB
Tarikh tutup permohonan 10 September 2011.
Mohon bantuan puan untuk hebahkan iklan ini kepada warga kerja Bahagian Pembahagian supaya dapat disampaikan kepada ahli keluarga atau saudara mara yang berminat 
Permohonan adalah secara ‘on-line’. Sila layari :

For internal users (within TNB LAN):

For external users :

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, tidak akan dilayan.
 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran, Bahagian Pembahagian 
Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Tel : 03-79679000 ext 9396     E-mail : faizulazahar@tnb.com.my

Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain
Tel : 03-79679000 ext 1209     E-mail : mazwan.mzain@tnb.com.my

Cik Suriayani binti Che Yahya
Tel : 03-79679000 ext 1223     E-mail : suriayani.cyahya@tnb.com.my
 
Sekian, terima kasih.
 
b/p   Pengurus Perjawatan (Bukan Eksekutif)
        Bahagian Pembahagian, TNB

Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Unit Perjawatan
Pejabat Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Pembahagian
Tenaga Nasional Berhad

Bagaimana Jimat Elektrik

How to reduce your billsPrint this page 

Four principles on how to reduce your electricity bills:
  1. Efficient use of electricity
  2. Operating electrical appliances efficiently
  3. Efficient maintenance of electrical equipment
  4. Efficient technology


cfl light bulb
Lighting
Replace your normal bulb (60W, used 4 hours per day) with an energy saving bulb
Saving per month (RM): RM 1.11
Saving per year (RM): RM 13.37
03 ekonAir-conditioner
Choose a 1hp air conditioner with a load rating of 850W over one with a rating of 950W for 6 hours a day
Saving per month (RM): RM 4.00
Saving per year (RM): RM 48.00
08 mesin
Washing Machine
Reduce your daily part load wash to three full load wash per week
Saving per month (RM): RM 3.08
Saving per year (RM): RM 37.00
01 peti
Freezer

Set the temperature at -18 Celsius instead of - 21 Celsius
Saving per month (RM): RM 1.09
Saving per year (RM): RM 13.08
Choose a chest freezer over  an upright freezer
Saving per month (RM): RM 4.00
Saving per year (RM): RM 48.00
02 tv
Television
The electricity consumption for standby can easily run up to 100kWh per year equivalent to RM22
So remember to switch off the main power for optimum energy saving
Saving per month (RM): RM 1.82
Saving per year (RM): RM 21.80
SAVE Rebate Program
About the Program
SAVE or Sustainability Achieved via Energy Efficiency, is a program spearheaded by the Ministry of Energy, Green Technology and Water to improve energy efficiency in Malaysia.   

100,000 rebate vouchers for 5-Star rated refrigerators, and 65,000 vouchers for 5-Star rated air
conditioners have been allocated to states across Malaysia.

Rebates will be awarded on a first-come, first-served basis to qualified domestic consumers who purchase 5-Star rated refrigerators, air conditioners or chillers during the rebate offer period through participating retailers.
Over more than 4,000 retail outlets nationwide are registered with KeTTHA under the SAVE Rebate Program, with 12 different brands to choose from!
The rebate program starts on July 7, 2011 and will last until all rebates are taken at the end of 2011.

So, don't miss out on this offer!
Eligibility Criteria
Refrigerators and Air Conditioners
  • Must be a Malaysian consumer
  • Must purchase new 5-star rated appliances under the SAVE Rebate Program
  • Voucher must be redeemed within one (1) month after printing
Chiller
  • Private company registered in Malaysia
  • For energy efficient existing chillers for comfort cooling at commercial buildings
How to Apply
  1. Log in to www.saveenergy.gov.my
  2. Select Tenaga Nasional Berhad as electricity provider
  3. Key in your details such as account number, name, NRIC and telephone number
  4. Check your eligibility and print the vouchers
  5. Redeem your voucher at participating retail outlets nationwide
  6. List of energy efficient appliances can be found here
Terms & Conditions 
  1. Rebate vouchers are limited to one appliance of each category per individual. Identification Card (IC), electricity bill and electricity account number will be verified for eligibility by the individual’s utility company through the online rebate website
  2. Rebate vouchers will be awarded on a first-come, first-served basis
  3. Rebate vouchers used outside the specified timeframes will be disqualified
  4. Rebate vouchers will not be issued for appliances purchased before or after the rebate offer period of the SAVE program 
Proof of Purchase (For retailers only)
Retailers are to submit the following documents to our Pusat Khidmat Pelanggan (Kedai Tenaga) counters for redemption of rebate claims:
  1. Rebate voucher of the appliances received from purchaser
  2. A copy of Identification Card (IC)
  3. A copy of purchase receipt or invoice
  4. A copy of the purchaser’s most recent utility bill
TNB will process these rebate claims and rebate payment will be transferred into respective retailer's bank accounts after 2 weeks or within 10 working days.

Khamis, 25 Ogos 2011

Iklan

Ini ada iklan menarik dari pos malaysia.

Kad Raya v2

Hari ini dapat lagi kad raya di pejabat ku. dah nak dekat raya baru banyak.









tapi masih takder yang corak kartun

Roh di Bulan Ramadhan

From: Julaina Shaari
Sent: 25 Ogos 2011 9:33
To: oohh...my darling; Ahmad Zamzami Bin Md Lasa; Ahmad Farid Zulkifli; elly elly; Faizal Muzaffar Mohd Arif; Murni Halina Omar; Halimatun Binti Abd Mubin; Halizah Ali Napiah; ibu; ima; Hasanunjaila Shokari; Masliza Sulaiman; Kamarudin Bin Zan; Nor Azlin Zurali; Edayu Zulkiply; Mansor Bin Abdullah; mek sue; Mohd Ramzan Sudin; Norafidah Binti Rahman; Roziani Binti Musa; Tengku Ahmad Amiri Bin Tengku Abd Kadir; Teacher's Mass; Mohd Fazli Bin Ahmad Zuber; Mohd Nur Aliff bin Zakaria; Sharifah Lockman; Emmy Syaheera binti Zamani; Samsuriani Jamaludin; Azmawaty Che Ismail; Rasni bt Ramle; Suzzielawati Hussain; Nor Azlin Zurali; locok; mie sham; Nekmat Md Seh; Kasmira Ramli
Subject: FW: FW: Roh di Bulan Ramadhan

Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Tempat SpeedTrap

Regards,

“TNB MELAKA- CENTRE OF EXCELLENCE”
“TOGETHER, WE MAKE IT HAPPEN”

Nurain Natasha Abdullah
Customer Relations Management & Marketing
* Area Manager (Melaka Barat) | Distribution Division | Tenaga Nasional Berhad
      Jalan Banda Kaba | Melaka Bandaraya Bersejarah ( Office: +6(06) 2828 544 ext 226 | Mobile: +6(019) 2257 946 |
Ê  Fax: +6(06) 2835 010| ü Email: nurainnatasha@tnb.com.my |
"Today well-lived, makes every yesterday a dream of happiness, and every tomorrow a vision of hope."
P Think before you print, Save the World... Go GREEN!


PLUS Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Menu Ramadan + Wine - *Terimakasih Tuhan, Ianya Jumaat *


Regards,

"TNB MELAKA- CENTRE OF EXCELLENCE"
"TOGETHER, WE MAKE IT HAPPEN"

Nurain Natasha Abdullah
Customer Relations Management & Marketing
* Area Manager (Melaka Barat) | Distribution Division | Tenaga Nasional Berhad
      Jalan Banda Kaba | Melaka Bandaraya Bersejarah ( Office: +6(06) 2828 544 ext 226 | Mobile: +6(019) 2257 946 |
Ê  Fax: +6(06) 2835 010| ü Email: nurainnatasha@tnb.com.my |
"Today well-lived, makes every yesterday a dream of happiness, and every tomorrow a vision of hope."
P Think before you print, Save the World... Go GREEN!

Subject: Fwd: Fw: {Ex-BBMB} Fw: Menu Ramadan + Wine - *Terimakasih Tuhan, Ianya Jumaat *


Assalamualaikum,

Sekadar menyampaikan.

Orang Islam yang jahil aja yang akan buka puasa di tempat ini. Salam

Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)



Subang Parade
Subang

Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.
Sudah berapa ramai umat Islam 'berbuka puasa' di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.


Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.


Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.
Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan Buffet Ramadan di situ.

Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…

Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.



Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.
Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.
Penggunaan terma Buffet Ramadan atau Menu berbuka puasa boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.
Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.


Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine



Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.

Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol

Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.
Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak' bagi mengaut keuntungan lebih.



Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.

Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,
Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sebagai peringatan:

Tiga perkara utama Yahudi hendak merosakkan umat Islam iaitu dengan cara halus, menggunakan Formula 3F

1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)

2 -Serangan melalui Fun (hiburan)

3 - Serangan melalui Food (makanan).

Semua telah berjaya mereka kuasai.

Sedarlah wahai ummah!!!

 

Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.

JIMAT TENAGA

Kartun oleh : Juragan, Dialog Kota Raya, Metro 22 Ogos 2011
 
Dalam usaha menambah kecekapan tenaga dan mengurangkan kos operasi, semua bangunan kerajaan diwajibkan supaya menetapkan suhu sistem pendingin hawa di bangunan dan pejabat masing-masing tidak kurang daripada 24 darjah Celcius.
 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim pada 11 Ogos baru-baru ini di Putrajaya menyeru agar langkah itu dilaksanakan segera bagi membantu usaha penjimatan tenaga dan mempercepatkan penerapan budaya teknologi hijau di kalangan masyarakat Malaysia.
 
Antara langkah lain yang diperkatakan ketika mesyuarat tersebut ialah penggantian lampu biasa  kepada lampu cekap tenaga, CFL atau LED.
 
TNB memang sudah dikenali dengan peranannya sebagai penjana dan pembekal tenaga elektrik kepada pengguna. Sebagai salah sebuah GLC gergasi yang memonopoli industri tenaga di Malaysia, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan menyahut seruan murni Perdana Menteri itu.
 
TNB yang lebih arif dalam selok belok tenaga perlulah menyokong insiatif Kerajaan ini dengan mengorak langkah yang sama. Mungkin kita boleh mulakan langkah ini SERTA MERTA sambil menunggu surat pekeliling diterbitkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk penetapan suhu sistem pendingin hawa di bangunan kerajaan pada 24 darjah Celcius.
 
Warga kerja juga adalah disarankan untuk mengambil langkah yang sama. Di beberapa pejabat TNB, terdapat beberapa bilik mesyuarat dan juga bilik pengurus-pengurus yang memasang ‘split air conditioner’. Oleh demikian, haruslah diingatkan supaya warga kerja dapat mendisiplinkan diri untuk menetapkan suhu pendingin hawa tersebut dengan mengamalkan penggunaan secara berhemah iaitu dengan menetapkan suhu kepada 24 darjah Celcius.
 
Malah, perlu diingatkan juga amalan mematikan suis pendingin hawa tersebut, setiap kali habis digunakan. Bagi mendapatkan dan mengamati suhu bilik yang selesa pada 24 darjah celcius, adalah disarankan supaya pintu dan tingkap ditutup dengan rapi bagi mengelakkan suhu dingin itu terkeluar daripada lingkungan peredaran udara dingin di dalam bilik.
 
Ayuh kawan, tunggu apa lagi…Bersama-samalah kita mengamalkan langkah yang bijak dan cekap demi kesejahteraan kita rakyat Malaysia dalam usaha membudayakan teknologi hijau.

wibiya widget